Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

8/06/2012

Aida Belo ingin berduet dengan Ella



Ketika ditanya siapa penyanyi yang paling diminatinya, Aida Belo cepat menyebut nama Ella, Ratu Rock Malaysia.
"Semua lagunya aku suka. Setiap konsertku di Timor Leste aku bawa lagunya.Masyarakat Timor Leste juga suka dengan suaranya setiap aku menyanyi lagunya. Semua orang bilang aku Ella, dan lagu Ella diputar di radio, mereka bilang itu album baru Aida Belo.
Lagu yang sering aku bawa Sembilu, Berlayar Tak Bertepian dan banyak lagi.Hampir semua lagunya pernah saya bawakan," katanya. Kalau senhor dengar nyanyian saya, pasti senhor sukar membezakan suara kami.
"Suara kami sama , serak juga sama," katanya sambil menyatakan bahawa beliau mengimpikan untuk berduet dengan Ella.
"Aku ingin berduet dengannya. Kalau boleh diundang berduet dengannya. Aku akan menunjukkan kepada Masyarakat Timor Leste, Ella favourite udah kutemui. Dulu album saya pernah diberi nama Ella Aida kerana telalu minatkan Ella, katanya mengakui. "Aku banyak berdoa supaya satu saat Tuhan akan mempertemukan aku dengan dia. Kalau bisa muat aja di koran Malaysia," katanya sambil menambah "Siapa tahu ada perhatian untuk penyanyi Timor Leste", katanya.
Seniwati yang meminati buah anggur dan rambutan ini adalah pemain piano dan berkebolehan memetik gitar dan berkeinginan untuk mnemainkan alat-alat mmuzik yang lain. Aida juga meminati penyanyi terkemuka di negaranya seperti Zinha Coreia dan Blass Pereira. Sedangkan artis Indosia yang paling disukainya ialah Agnes Monica dan Afghan. Aida juga memintai Alicia Keys, Mariah Carey dan Celine Dion.
"Meskipun agak sibuk dengan aktiviti seni, Aida Belo juga memberi perhatian dalam kehidupan sosio-budaya terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu wanita dan kanak-kanak serta orang-orang yang menderita akibat konflik peperangan.
Aida menyanyi supaya Timor Leste dikenali, supaya budayanya yang kaya itu dapat diperkenalkan di seluruh dunia. "Aku cinta budayaku... Aku ingin memperkenalkannya kepada dunia. Aku tidak mahu budaya asing menguasai negeri.Identiti Timor Leste tidak boleh hilang.Ia peninggalan leluhur kami," katanya yang mengagumi pemimpin penyair PM Xanana Gusmao dan Presiden Jose Ramos Horta.

0 Comentarius:

Post a Comment

 
Design by Timor Ffree